Friday, July 23, 2010
Alam Kubur
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah,
Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ...
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Sunday, July 18, 2010
Bulan Syaaban
KELEBIHAN BULAN SYAABAN
Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.
|
Thursday, July 8, 2010
Motivasi
Hanya manusia ciptaan Tuhan yang boleh merubah nasibnya sendiri. Kita boleh merubah nasib dengan merubah cara pemikiran kita bagi membentuk kehidupan dan kejayaan. Berjuta orang telah dapat merubah diri dari lemah kepada cekal, penakut menjadi berani, malas kepada rajin, berdosa kepada berbakti, tidak berguna kepada srikandi dan dari miskin menjadi kaya. Ubahlah pemikiran, sikap dan amalan kita.
Contohilah orang-orang yang telah terbukti berjaya. Sentiasalah membaca, berfikir dan berdoa.....
Fikirlah...
Monday, July 5, 2010
Dato Siti Nurhaliza
Tidak semua artis boleh mengekalkan popularitinya dalam jangka masa yang agak lama. Bermula dari sekecil kanak2x sekolah rendah hingga hari ini empayarnya terus berkembang. Jangka masa yang begitu lama dengan segala ujian yang dilalui menampakkan personaliti seseorang yang bernama Siti Nurhaliza...Tahniah Dato Siti...So masa ini sangat sesuai jika kita memikirkan kebolehan diri kita agar terus berjaya dalam hidup ini. InsyaAllah...
Subscribe to:
Posts (Atom)